Cara senang nak buat duit.


Cc : Tajuk di atas.

Amacam, mengancam bukan? Hanya bermodalkan modal yang sedikit, duit masyuk woi ! Ini serius dan bukan cobaan mahupun dogaan.Tergoda kannnn? Baik mengaku cepat. Siapa tak percaya memang kena ludah #sarcasm.

Ini bukan gambar aku punya.
So, tak payah watermark.


Caranya mudah sahaja. Hanya perlu log-in account Facebook anda. Jangan bimbang, Mark Zuckerberg tidak akan mem-ban anda.Ya, yang itu pasti. Jika mahupun hasill yang lebih lumayan, apa kata anda cari downline anda. Lagi ramai lagi bagus. Yela, benda yang baik harus dikongsi bersama, ye dak? Itulah matlamat kita sertai business ini.



Ha, takut? Serius dong, tak takut langsung. Setakat tag-tag duit macam ni, ingat aku nak percaya ah? Alahaiiiiiii. Apa yang aku takut ialah, aku takut kau kena tipu je. Kalau lah aku tahu senang macam ni je caranya nak buat duit, takde ah aku penat-penat belajar sampai degree ni ha. Haa, kan dah marah ! Kalau aku cakap aku tak percaya macam mana? Go die lah. Kalau dah betul-betul berjaya baru tag aku. Berjaya daripada segi kamus hidup aku, kau berjaya pakai BMW/Mercedes, lepastu kau tinggal dekat banglo 4 tingkat sekali dengan lif. Masa tu baru kau cari aku. Setakat nak tag-tag duit ni, BOOO aku tak layan.


Aku bukan tak nak layan, tapi aku tak percaya tanpa usaha, senang-senang je nak dapat duit macam tu. Ish, bodoh la siapa percaya ! Kalau korang lah, korang percaya? Kalau dulu lagi ramai orang yang tag-tag benda haram jadah ni. Tapi selepas aku lakukan aktiviti pembersihan friend list aku, dah takde lah benda-benda ni semua. Followers dekat blog lagi ramai daripada kawan dekat Facebook, haha ! Sekarang pun aku rasa macam nk deactivated je. Serius takde function. Tapi aku macam seronok baca-baca diorang punya status. Gaduh lah, kontroversi lah ape lah. Haha, syaiton gilaaa ! Lagipun aku dah nak final, kitorang ade group dekat Facebook lepastu share-share tips yang lecturer bagi.


Okay, ini adalah amaran terakhir. Kawan tak kawan, siapa tag-tag benda ni dengan harapan aku akan tergoda sampai meleleh air liur, REMOVE ! Ini serius ya. Oh, jangan lupa kalau betul-betul kaya baru add aku kat Facebook. Manalah tahu kot-kot dapat duit lagi banyak daripada gaji Akauntan, ye dak? Masa tu syoknyaa duduk goyang kaki dekat rumah, lepastu log in je Facebook. Heaven ! Kalau macam tu aku nak buat banyak account la untuk Facebook, lagi cepat kaya. Hah, ambik kau, sarcasm lagi.                               



Jangan lah marah aku, aku punya lah inesen. Kalau nak cepat kaya, bukan ini caranya. Dari bangun pagi-pagi terus hadap laptop baik pergi cari kerja. Tak kisah kerja apa, janji kerja. Nak tunggu duit banyak macam tu datang bergolek? Memang takkkkkk !


Sometimes, takdir tidak menyebelahi kita.

 
Sometimes you promise someone forever but it doesn't work out that way - Katy Perry
 
 
Do you know everything about everything?
Apa, kurang paham?
Tidak mengapa.
Kerana saya juga insan biasa yang tidak tahu apa-apa.
Itu biasa. Ya, sangat common.

Kadang-kadang kita terlalu suka merancang.
Ya, terlalu suka.
Sampaikan kita terlupa siapakah kita.
Mungkin merasakan diri kita berkuasa. Ya mungkin.
Mungkin ada kuasa super saiya.
Siapa tahu bukan?
 
"Tomorrow never dies" sentiasa menjadi ucapan.
Apa kau yakin? Tidak bukan.
Janji sehidup semati.
Kalau begitu, baik kau pergi mati sekarang.
Dan biarkan si dia hidup.
Itu baru betul sehidup semati.
 
 

"In another life, I would be your girl",
"We keep full our promises be us against the world",
Yes, I love this song.
Lagu ini banyak mengingatkan aku supaya berpijak di bumi yang nyata.
Jangan terlalu berangan merasakan diri masih lagi di Gunung Jerai.
Yes, you make me wanna say no no no no no way.
 
Sometimes shit happens, me cannot share video Katy Perry.
Mahupun Bruno Mars, Move On.
This is highly recommended okay u'olls.
Mungkin lebih kepada ketuhanan, namun lirik lagu itu semuanya benar belaka.
Mohon dengar.
 
 

Esok sentiasa menjadi misteri.
Dan aku mengharapkan esok akan menjadi hari yang lebih baik dari sebelumnya.
Dan aku pasti ini juga harapan semua.
Kalau takdir kurang menyebelahi, jangan bimbang, jangan bersedih.
Semuanya sudah diatur oleh Yang Maha Esa :)
Itu sudah pasti akan menjadi hal yang paling terbaik dalam hidup.


Yeah yeah yeah, ini peace.
Budak sekolah pun tahu.
Ingat pesanan aku ini walau apa pun terjadi.
Tak kira gembira atau sedih, peace sokmo.
Okay, takde kena mengena.