Best places to eat in Kuantan!

Haluuu, so it's been a very long time. How are you? Sihat?


Okay, so sekarang straight to the point jela eh. Tak sure la sekarang blogspot still in ke tak, tapi lantak la hehehehe. Nak share dengan korang tempat makan yang best dekat Kuantan Darul Bauksit!



1. Kula Cakes



Ha ni memang one of the famous place la dekat Kuantan. Ramai orang yang datang dari jauh sanggup turun Kuantan for the famous Mango Cheesecake! Senang je nak cari Kula Cakes ni, search je dekat waze. Tapi satu je problem dia, susah nak parking! Business hour 1pm until 9pm, open everyday except for Monday!




    Featured in Jalan Jalan Cari Makan!



2. Akar Kopi

Dah nama pun kopi mesti la tempat untuk mengopi. Tempat ni best! Dia macam korang tersesat dalam bandar tetiba macam eh ada tempat beristirehat di sebalik kesesakan lalu lintas. Haaa gitu! Ni pun senang nak cari, dekat sebelah UOB Bank tu je. Business hour, Monday to Friday open from 8am until 2am. Kalau Sabtu Ahad pulak 4pm until 3am.



3. Kotak Kalam

Nama pelik sikit, maybe owner orang Na Na Na Na Ganu kite! Kotak Kalam ni lokasi dia lagi senang nak cari. Terletak berhadapan hotel Vistana, jalan on the way nk ke Teluk Chempedak. Dia punya decorataion kat dalam cantik! Makanan pun not bad, harga affordable. Featured dalam Jalan Jalan Cari Makan juga.



Chicken Chop & Lamb Grill. Tempting enough?


4. Beanz & Co.

Beanz & Co. pun terletak dekat jalan on the way nak ke Teluk Chempedak. Tempat dia macam tersorok sikit. Binaan tu macam rumah tapi renovate jadi kedai. Tengok dari luar macam kecik tapi bila masuk hmmm cantiknya. Makanan sedap, portion pun banyak tapi a bit pricey. Kalau korang pergi malam memang macam romantik gila. Kalau ada event or anniversary, tempat ni memang highly recommended!





Kan dah cakap portion dia banyak, itula taknak percaya!


Part 2 is coming up, stay tuned! Nanti aku akan share tempat yang best untuk makan makan dekat Kuantan. 


p/s : should I continue my makanlog? Sebab makan brings me happiness.




Paranoid

"Paranoid personality disorder (PPD) is a mental disorder characterized by paranoia and a pervasive, long-standing suspiciousness and generalized mistrust of others." - Wikipedia


Gigih tau sampai search ke Wikipedia. Perempuan atau lelaki sama sahaja, masing masing ada je yang ada sifat paranoid. Contoh la, kau dah bersama dengan awek baru, tapi tak habis-habis duk cerita pasal ex kau. Muak la, nampak sangat tak move on lagi. Ain't nobody gives a shit about your exes!

Awak, awak tak boleh ada twitter, instagram, facebook atau apa-apa social network yang wujud sampai current date. Awak cuma boleh ada whatsapp je! Tu pun kena update status setiap hari pasal saya! Maigosh, kenapa ni? Kenapa masih ada segelintir orang macam ni? Awak ni paranoid ni. Asyik nak buruk sangka je dekat orang. Cuba la fikir benda yang positif sikit! Tak luak pun duit dalam bank kalau fikir positif dekat orang ni. Lantak la kalau ex awak pernah buat macam tu, ikut aku kisah ke? I don't even care. Sebab apa? Pergi mampos.

 

Susah betul nak handle orang macam ni. Awal-awal okay lagi, lama-lama kau fikir aku taknak meletup? Daripada rasa ikhlas tu ada terus rasa terpaksa. Bila ramai kawan disuruhnya tinggalkan semua. Tapi aku mengaku la yang time ni aku bodoh. Bodoh gila. Bila masa tu dunia kita berpaksikan pada dia, amboi indahnya ku bahagia tenenenenene! Dari setiap hari jumpa, jadi seminggu sekali or dua kali, jadi dua minggu sekali, last sekali jadi sebulan sekali. Akakaka terus rasa macam long distance relationship walaupun kau ghase duduk satu tempat yang sama. Lepastu dikatanya pulak kita ni mengambil kesempatan? Woi, agak-agak ada tak ubat untuk orang paranoid ni? Suka sangat cari salah kita, dia salah taknak ngaku taknak mintak maaf pastu seronok cerita keburukan kita dekat orang! Eiiiiiiiiiiiiiii, awak ni geram betul saya dibuatnya.

Dekat blog ni memang la aku tak upload gambar pakwe. Sebab kau ingat aku rajin nak delete post setiap kali break up? No my baby no, ai tak serajin tu sayang. Nak saya tepek muka awak ke dekat sini? Alololololo, simpan je niat tu k? Kahkahkahkah! Apa la, takde langsung privacy. Bagi la sikit masa dan ruang untuk diri sendiri. Penat la nak layan kerenah awak dan buruk sangka awak yang tak habis-habis tu.

Dan sekarang aku happy gila! Takde nak stress, kalau stress pun dekat tempat kerja je. Balik rumah takde siapa nak bebel tak tentu pasal dekat aku. Aku boleh keluar lunch dekat sesiapa je, kat mana-mana, tak perlu nak inform sesiapa. Aku boleh tidur pukul berapa je yang aku suka. Takde sesiapa yang nak paksa aku tidur lewat. Aku happy dekat tempat kerja walaupun kerja banyak nak mampus. Aku happy dengan gaji aku sekarang. Aku boleh happy sebab aku dah ada kereta sendiri. Sebelum ni aku tak dibenarkan happy ye walaupun orang lain semua happy ada kereta sendiri. Gila! Perghhhh, bestnya perasaan ni. Sesuatu yang tak dapat digambarkan. Sekurang-kurangnya aku tak paranoid.

Kalau asyik nak membelakangkan masa, nak throwback je kerja, nak paranoid tak habis-habis blerghhh, baik tak payah ada relationship k? Syaza, 24 tahun dan sangat happy dengan diri sendiri. Gigihnya nak cakap awak happy Syaza sampai bagitahu semua orang akakaka. 

Bye, esok kerja lepastu selasa cuti, rabu kerja, khamis kerja, jumaat kerja. Tu je nak taip. K.



11.00pm